Saturday, September 21, 2013

DEPARTMENT GATHERING (AGENT & BRANCH LIAISON)


After sebulan plan nak buat gathering, akhirnya depat jugak tempat nak tido. hehe. Cik Saliza (boss) yang bagi idea nak bermalam dimana. Well tempat dia dekat je area gombak. Alang manja, Gombak. Dalam gambar nampak macam scary je sebab dikelilingi dengan hutan2 tapi dekat villa ni ada sungai sendiri tau, sungai dia betul2 dekat belakang villa, ada jalan nak ke sungai pisang. Tapi kitaorang tengok dalam gambar je. Tak dapat image lagi macam mana tempat tu. hehe.
Petang before kitaorang semua nak pergi gathering tu, aku, aidil, kak ummi, wan and ainur tido rumah Cik Saliza dekat Cheras. Rumah dia cantik, ada satu display cabinet penuh dengan perfume miniatures banyak gila collections Cik Saliza. Masuk je pintu rumah dia terus nampak glass cabinet tu. penuh perfumes. Rumah dia simple je tapi more to english modern style, what i mean is dia punya interior simple. nampak macam family house. Fridge penuh dengan magnet dari atas sampai lah bawah. Tak sempat nak amek gambar. Malam tu, kitaorang pun tido lah satu bilik. Bila dah ramai tu, memang tak lah nak tido kan. Sembang sampai nak ke pagi. Cerita itu lah, ini lah. Pasal muslima.com lah. hehe. Best! semua ketawa sampai nak pecah perut bila kak ummi buat lawak. Bayang kan lah, katil queen tu 4 orang tido. Tak ke semua berimpit2. Nasib baik lah bilik ada aircond, Kalau tak memang berkuap lah. 


Bangun pagi after solat subuh, kitaorang pun siap nak pergi breakfast then nak beli barang basah untuk masak2 semalam 2 hari. Kitaorang pun pergi lah pasar pudu berpecah 2 kumpulan. Cik Saliza, wan and aidil 1 team aku, kak Ummi and Ainur 1 team. Team aku kena carik suyur2an manakala team Cik Saliza carik lauk macam daging, ikan, udang etc. Setiap sorang ada list barang yang dia kena carik and beli. Banyak barang dah carik, ada 1 barang je team aku tak tahu daun saleri. Serious, aku tak tahu macam mana rupa benda alah ni. Nak tanya orang malu nak wat tau lah konon2. hahaha. after semua orang dah beli barang dah completed, kitaorang pun terus ke Alang manja. Staff2 yang lain semua dah sampai kat sana. Faiz (Southern liaison) Kak wati (leader) Kak ja (CPR) Shima (CS) and ramai lagi yang dah sampai. Bila kitaorang dah sampai semua dah siap dengan kerja masing2 ada yang siang lauk, potong2 and masak memasak.

Malam tu, ada karaoke session semua pun dah siap prepared dengan lagu masing2 nak menang malam tu. Aku dah plan, malam tu aku mesti memang aku nak nyanyi lagu kau kunci rindu buat ku by Izzla. Perghh, sampai turn aku boleh plak Cd patah. Tak dapat aku nyanyi lagu power tu. Aku dah gabra sebab tak boleh ganti dgn orang lain. Aku pun tanya Sya. "Sya kau rasa lagu yang terindah hanyalah sementara by Erra Fazira tu sedap tak?" dia pun cakap "Nat! suara kau memang sebijik macam Erra Fazira nat! kau nyanyi lagu tu" bila dia dah cakap macam aku pun excited lah, bukak je mulut semua sorak lah apa lah. Aku pun confident lah aku memang malam tu. Bila turn Sya nyanyi, amek kau sedap nyer suara dia! tapi aku pasti aku memang. Sampai pukul 12 malam semua dah settle, tiba masa untuk bagi hadiah pada pemenang. 1st nama Cik saliza sebut, Aidil. Aku gelak bagai nak gila. hahaha. Dapat saguhati je? dia pun buat muka. haha. Lepas tu sebut nama Faris. Lepas je nama Faris nama aku. serious lah weh? aku saguhati je? Perghhh! tak semua plak gelak kan aku macam nak mampus. Paling teruk Cik Saliza and Aidil gelak sampai nangis doh. Bapak maluuu. Aku tunggu je nama Sya. Sekali dia dapat no 2. Celaka punya Sya! aku terus cakap "Sya! kau cakap suara aku macam Erra Fazira! tapi kena kau yang menang?" hahaha. Celaka betul. Dia gelak. "mana aku nak tau, suara kau memang macam Erra Fazira pun aku pun tak pasti kenapa kau tak memang nat" sambil dia gelak. Siot betul. Malam tu kitaorang pillow talk sampai ke pagi.

The next morning tu, ada sukananeka. Main punya main, team aku menang. hehe. Lepas Zohor kitaorang check out. hehe. Penat nak type lagi. Cukup lah tu.. hehe.

Mandi sungai & Gambar 1 team after memang (:


Thursday, June 27, 2013

BFF


HELLO everyone and Happy New Year!! hehe. macam tak percaya je aku dah 21 tahun. damn! rasa macam nak balek zaman sekolah pulak. u all celeb new year kat mana je? aku celeb new year kat rumah je. hehe. ada je orang ajak keluar tapi aku macam takda mood je nak keluar. tu yang tak keluar tu. my friends pun celeb new year kat the curve lah, dataran lah, klcc lah. so, before count down mlam tu, siang tu aku hangout dengan MY BFF (jgn jeles) intan, puteri, baba n al. hehe. ktrg pergi shoping dekat sunway pyramid. my god! rindu gyla kat dyrg lama tak jumpa. actually, banyak kali dah plan nak hangout tapi asyik tak jadi je. finally dapat jugak kuar. hehe. lagi 2hari je nak balek ipoh, mest pakcik and makcik aku excited tunggu kepulangan aku kan? hehe. and maybe ada orang ipoh yang rindu aku and tak sabar nak jumpa aku. HAHA. nasib practical kat ipoh. dapat lah korang jumpa aku lagi kan? hehe.

se account fb je nak type blog je. mest best kan? xdalah sebok je nak online bole lah focus on keje dan sebagai nyer. hehe. nanti bila dah kat ipoh, mest aku rindu dekat mukish and adk aku yang lain lain. nabil pun lusa nak balek asrama. mest semua rindu sesama sendiri kan? hehe. aku mest susah nak balek sbb keje lagi. k lah, xthu nak cerita apa dah.

p/s : setiap statement aku mest ada orang yang tak puas hati. kenapa tah. mest jeles kan? xyah cakap pun orang tahu lah. kalau tak suka or menyampah, xpayah sebok nak bukak blog aku. tangan kau gatal nak bukak blog aku apsal? memang saja niat nak bergosip kan? kau xyah sebok cakap org, kau tu pun sama. mest rasa xtahu nak buat apa kan? mest stress kan? tulah, doa kan org yang buruk buruk, skali kena dengan batang hidung sendiri. kan dah tahu langit tu tinggi ke rendah. (:

Wednesday, December 26, 2012

SINGAPORE 2012 (COMPANY TRIP)

Hello there! hee. makin besar nie, makin tak suka pulak nak menaip. tak tahu kenapa. mayb aku lebih prefer bercakap kot. nak buat video kan macam annoying plak orang tengok. hee. so, how's ur life guys? okay tak? aku? semua okay je, Makin sehat! benci aku bila orang jumpa, cakap aku makin berisi. haha. benci benci benci. tapi memang ye pun. di sebab kan aku nie rajin sangat WORKOUT setiap pagi pergi keje aku tak kan naik lift atau pun tangga bergerak tu. aku akan naik tangga untuk kurang kan lemak kat peha aku nie. bukan itu je, aku akan pakai heels 6' dan berjalan satu office turun naik turun naik. arghh! tak suka, tapi terpaksa buat macam tu sebab nak cantek. 

KERJA
So far okay, tak ada apa masalah. hehe. best jugak melangak depan pc baca gossip. usha usha laki ensem jap. arghhhh! stop it natra. jangan buat masalah lg okay. boringgg~ file pun tak banyak sempat lah bertemah dengan kawan kat office nie. aku suka aku suka. hee. lagi pun bos pun dah tuka, bos baru. bukan PN NORAZLIN lg dah. Tp CIK CHE SALIZA. gyla sporting. mak suka mak suka sangat!! hee. best and very open minded. dia tak kawen lagi. hopefully, berkerja dengan dia better than bfo bkerja dengan kak lin. well, aku suka dengan keja aku sekang dan tak terfikir lagi nak carik keje lain. tapi kalu nak tuka keje pun confirm, nak balek utusan. xnak keje tempat lain. hee. Actually, aku baru je 2 hari balek dari spore. company trip. best nyer rasa xnak balek. nak duduk dengan kawan2 mcm kat ipoh dulu. rindu nyer. nant aku share kan gamba gamba aku kat sana k? hee. takda masa nak edit suma. ada pun certain je. tu pun, bukan aku yang edit, tapi officemate aku.


  • DAY 1
9.30 pm : sampai NEW YORK HOTEL JB. waaa, best! aku satu bilik dengan FIZA, AIDIL dan jugak 2 ekor monyet yang sebok nak tumpang bilik ktrg iaitu IKA dan INTAN. haha. sampai kemas2 barang then supper. lepas makan, balek bilik try baju untuk dinner besok then TIDURR. zzZZzzZ..

  • DAY 2

5.00 am : BANGUNNN..! alarm tak berapa nak kuat, tapi terngiang2 kat telinga aku. aku pun bangun then siap bersedia untuk jadi cheerleader untuk team aku FLY WINGS TO BL. hehe. aku tak masuk pun fear factor tu sebab dyrg takut aku pengsan kalu buat benda ganas2. hellooooo! dyrg tak tahu ke aku nie sebenarnyer kuat macam John Cena? mak kuat okay. (kuat nangis) haa. di sebab kan ktrg team 1st yang jalan dulu, ktrg jugak kalah sebab amek masa lama sangat. yelah, team lain bole ah menang sebab dah tau nak buat mcm mana. benci. this is so unfair! 
12.00 pm : habis fear factor and get ready nak pergi JPO! best gylanyer nak shopping kat sana. Semua murah2 okay. rugi tak gaji lagi time tu. klu tak aku dah borang dah semua baju kat semua butik. urgghhh! kena simpan duet nak pegi lagi nie. tak puas lah pg sebab smpai pun lambat dengan jem lagi. aku ada masa bout 1 hour je nak jalan n shopping. tak cukup okay masa tu. bfo that! waittt, ktrg traning menari dulu, alamaklum lah, ingatan tak berapa nak ingat takut lupa step. hee.
6.15 pm : sampai hotel siap untuk dinner. theme BOLLYWOOD. lepas siap ktrg pun turun. part nie paling benci sebab ktrg perform paling 1st! kau nak? aku xnak. nak xnak kena lah menari jugak. haihh! sadis betul lah BL nie. jangan marah step kat atas tu semua berterabur. hehe. malu doe! ramai kot yang tunggu performance ktrg. yelah ada siap cakap time ktrg practise ktrg Ber**men dalam office. tlog lah tak kuasa nak layan. janji ktrg enjoy malam tu smpai menang dapat.
12.00am : masuk bilik tidur dengan muka tersenyum dah menang. hee. intan pun dapat saguhati sebab ganti kan aidil karaoke. hee. 

  • DAY 3 finally
5.00 am : tett tettt! alarm bunyik. uwahhhh! siap pack dan ready to go to USS! yay!! semangat. 
10.00 am : sampai je, ktrg terus berlari dan menjerit macam orang gyla. hahahaha. ehhh, takdalah. tipu je. sampai je apa lagi terus tangkap gambar lah. heh. best! tempat 1st ktrg pg ofcuz lah TRANSFORMERS. hehe. intan plak wathal nak terberak bagai. aduhhh, spoiled lah intan..! nasib baik dia tahan taik dia dah macam muka dia jugak taik yang dia tahan tuu. wakakakaka! sumpah kelakar. omg! best gyla kat sana. rasa xnak balek. then macam2 lah ktrg sempat pegi. best gylaaaaa!!!!!
5.00 pm : balek KL tdo berdengkur dengan kuat. 

so, tulah cter time pergi bercuti dengan company trip.


With my baby girl Intan


(opss, paling dwaft! lupa nak pkai heels lah)


Universal Studio Globe Singapore